Orang kafir buat deal dengan Rasulullah agar menghentikan dakwahnya.
Surah Makkiyah: Surah yg diturunkan di makkah. Ketika Rasulullah sedang aktif berdakwah.
Orang kafir sedar dan percaya kewujudan Allah. Al-Ankabut 61 & 63.
Tetapi mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yg lain.
Rasulullah menolak tawaran orang kafir dengan jelas.
Islam ini bukanlah sesuatu yang kita boleh pilih mengikut kesukaan kita.
Antara Islam dan Jahiliyyah tidak pernah ada campur aduk.
Terdapat clear distinction antara Islam dan Jahiliyyah.
Jika kita mencampur adukkan islam dan jahilliyah, maka kita amat mudah untuk terpesong dan tersasar dari jalan kebenaran.
Kita dapat melihat dalam diri para sahabat bagaimana mereka mempunyai clear view terhadap islam. Datanglah kutukan, ancaman dsbg mereka tetap teguh dengan pendirian mereka.
Contohnya kisah Mus'ab dan ibunya.
Aplikasi dalam kehidupan seharian:
Kita hendaklah teguh pendirian.
Maka apabila sesuatu musibah atau godaan datang, kita akan dapat menangkis dengan jayanya.
Kita perlulah identify jahiliyyah apa yg ada dalam diri kita.
Kita perlulah berdoa memohon perlindungan dari Allah dari kejahatan-kejahatan.
Janganlah kita hanya mengambil apa yang kita suka sahaja dalam mengaplikasikan Islam dalam kehidupan kita.
Untuk membuang jahiliyyah, kita perlulah menjaga hubungan kita dengan Allah.
Al-Insyirah: bersama kesusahan, ada kemudahan.
Apabila Allah menimpakan kita sesuatu kesusahan, contohnya kita jatuh sakit, tidak pernah Allah meninggalkan kita tanpa suatu apa pun. Kita diberikan ubat, kemudahan hospital, air dsbg.
"Allah menggunakan perkataan ma'a "bersama" bukan ba'da "selepas"; Allah menyertakan bersama kesusahan, kemudahan. Bukannya selepas kesusahan, baru diberikan kemudahan.
Kita perlulah meletakkan prioriti dalam kehidupan kita.