Friday 8 June 2012

Kami Juga Berjuang.

Di saat ini, kami warga-warga Massey University Palmerston North sedang sibuk berjuang dengan soalan-soalan past years..

Di saat ini, saudara-saudara kami di Syria sedang sibuk memperjuangkan keadilan dan menghancurkan kezaliman.

Di saat ini jiwa-jiwa kami rapuh dan tertekan. Ini ujian bagi kami. Begitulah terkadang apa yang kami fikirkan.

Tetapi, apalah hendak dibandingkan ujian kami dengan ujian mereka yang maha dahsyat.

Mengulangkaji dengan ujian cuaca yang mendung dan kerapkali hujan. Terkadang menumbangkan semangat kami untuk terus berjuang. Terus enak diulit duvet tebal. Ini kami katakan ujian juga.
Lalu pasti adik-adik kecil kami di sana tergelak besar barangkali mendengar alkisah ujian kami ini.
Hmm, apalah hendak dibanding ujian kami dengan mereka yang rumahnya dihujani letupan?


Terkadang kami tertekan dengan kehidupan di bumi asing. Tidak punya ramai kawan untk berbincang.  Masalah komunikasi. Wah, sukarnya hendak memahami pelajaran, iya lah, kami bukan native speaker.
'Beratnya' ujian kami.

Cuaca yang semakin sejuk dan tidak menentu terkadang membuatkan tahap kesihatan kami merudum jatuh. Selesema, sakit tekak. Oh, ditambah pula hendak menghadapi ujian akhir semester. Wah, ujian dari Allah untuk kami.
Kelakar ya kakak-kakak kami di Syria. Apalah hendak dibanding sakit kami dengan sakit mereka melihat suami, dan anak kecil mereka yang lahirnya sempurna kehilangan nyawa dan cedera parah.

Terkadang kami mengeluh assignment yang melambak perlu dihantar di saat-saat akhir tatkala ujian akhir semester semakin menjelang. 'Bila pula mahu menyiapkan ulangkaji?' 'Kami sudah tidak cukup masa lagi' 'Kami perlu mengulangkaji sekarang, mengapa pula di saat akhir begini ada pula assignment yang perlu di hantar?'. Itu lah keluhan-keluhan kecil kami.
Aduh, 'besarnya' ujian kami berbanding ujian ibu dan ayah kami di Syria yang memperjuangkan kehidupan mereka demi ketenteraman masa depan anak-anak.

Beliau ditanya bagaimana kecederaan yg dia alami beliau kehilangan 2 belah tangan,buta sebelah mata dan cedera pada bahagian perut..ditanya "Bagaimana kamu menguruskan diri kamu?" .budak ini menjawab:"Aku tidak berkata kecuali Al-Hamdulillah"...keadaan aku lebih baik dari orang lain..aku masih mempunyai sepasang kaki..ada org lain yg kehilangan tangan dan kaki..aku takkan mengeluh aku bimbang kufur pada Allah..kedua2 tanganku telah masuk Syurga jadi aku tidak perlu merasa sedih..permohonan aku kepada rakyat Kuwait:"Doakan kemenangan kami..bantulah kami.." Allah kurniakan aku 4 anggota (tangan dan kaki) lalu dia mengambil 2 tanganku dan Allah kurniakan aku sepasang mata dan dia ambil satu daripadanya dan dikekalkan satu lagi untuk aku melihat KEMENANGAN.."

:)


"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu" (Wana, 2012)